KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD
Ketika
Nabi Ibrahim a. s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang
dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.
Nabi Ibrahim a. s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan
pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah
kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi
Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di
Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau
mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi
manusia."
Kemudian
Nabi Ismail a. s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari
batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a. s sedang mencari batu
di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a. s memberikan
sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu
kepada Nabi Ibrahim a. s. Nabi Ibrahim a. s. merasa gembira melihat
batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian
Nabi Ibrahim a. s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi
Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a. s.
Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke
Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium
Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar
Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat
lambaian tangan sahaja. Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu
Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang
yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat
sekarang. Wallahu a'alam.
Apabila
manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium
ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku,
Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada
kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh
Allah s. w. t.. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya
tidak menyengutukan Allah s. w. t., sebab tipu daya syaitan kuat di
Tanah Suci Mekah. Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab
apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya
engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s. a.
w. menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar
Aswad)."
No comments:
Post a Comment