ASMAUL HUSNA

Tuesday 5 June 2012

Kisah Bahtera Nabi Nuh A.S.



Berikut ialah gambar bahtera(kapal) Nabi Noah(Nuh)


Add caption

Nabi Nuh A.S berasal daripada keturunan ke-10 Nabi Adam.  Beliau diutus kepada masyarakat di Armenia. Beliau menyeru kepada kaumnya supaya menyembah dan percaya kepada Allah. Beliau juga menyeru kepada kaumnya supaya tidak memperhambakan diri selain Allah. Namun begitu, kaumnya tidak peduli dengan ajaran yang disampaikan Nabi Nuh. Sebaliknya, kaum yang angkuh itu mempermainkan dan membenci ajaran yang disampaikan oleh Nabi Nuh. Hanya sedikit sahaja yang beriman kepada ajarannya. Nabi Nuh sudah memberi peringatan kepada kaumnya atas azab yang akan diberikan oleh Allah apabila mereka enggan menerima nasihat.

          Namun begitu, kaumnya tetap tidak peduli. Malah memperkecilkan kedudukan Nabi Nuh. Mereka berkata dengan angkuh, " Wahai Nuh! kamu itu sama seperti kami. Orang yang menjadi pengikut kamu adalah daripada orang miskin dan berfikiran singkat. Kamu tidak mempunyai apa-apa kelebihan yang dapat mengatasi kami. Kamu adalah penipu, Nuh!"

          Pelbagai nasihat tetap diberikan tetapi mereka tetap enggan menerima. Nabi Nuh berkata, " Wahai kaumku! Allah melantik saya sebagai nabi. Perkara yang benar pun membuat pandangan kamu menjadi kabur kerana sifat kamu yang ingkar dan degil. Tidak ada gunanya saya menunjukkan bukti dan memaksa kamu menerimanya sedangkan kamu tidak suka?"

          Kemudian, Nabi Nuh menyambung lagi, katanya " Saya tidak meminta harta dan upah daripada kamu. Saya tidak akan mengusir orang-orang yang sudah beriman seperti yang kamu minta. Saya sedih melihat kamu semua dalam kesesatan."

          Kata-kata Nabi Nuh itu diterima oleh kaumnya dengan ejekan dan hinaan. Mereka mentertawakan Nabi Nuh dan berkata dengan sombong, " Wahai Nuh! Sesungguhnya kamu sudah bertikam lidah membantah kami dengan hujah-hujah kamu yang banyak. Apa kata, kamu datangkan azab Allah seperti yang kamu janjikan itu?"

          Nabi Nuh sedih dengan pertanyaan kaumnya itu dan berkata, " Allah juga yang akan mendatangkan kepada kamu jika Allah kehendaki. Kamu tidak mampu melemahkan kuasa Allah!"

          Tidak lama kemudian Allah memerintah Nabi Nuh melalui malaikatnya supaya membuat kapal. Malaikat memberikan panduan membuat kapal. Ini kerana, Allah menurunkan azab kepada kaum Nabi Nuh dalam bentuk banjir besar. Nabi Nuh mula membuat kapal. Kaumnya yang melihat dia dan pengikutnya membuat kapal mengejek-ejek dan menghina. Mereka mentertawakan Nabi Nuh dengan menyatakan Nabi Nuh hendak menjadi tukang kayu pula.

          "Adakah si Nuh itu pandai membuat kapal? Adakah kapal itu dapat belayar nanti? Ke mana pula kapal itu akan berlayar? Adakah kapal itu berlayar di atas daratan ini?" kata mereka dengan nada sindiran dan mengejek Nabi Nuh. Mereka juga mengatakan Nabi Nuh sengaja hendak berlagak pandai dan memperdayakan mereka.

           Nabi Nuh yang mendengar cemuhan daripada kaumnya itu, menahan sabar dan sentiasa bertenang. Kemudian, beliau membalas kata-kata kaumnya. Katanya, " Sekarang ini kamu mengejek dan menghina saya tetapi tunggulah. Sebentar lagi kamu akan mengalami akibat daripada keengganan kamu itu."

           Tidak lama kemudian, Nabi Nuh berjaya menyiapkan kapalnya. Seperti yang dijanjikan oleh Allah, turunlah hujan lebat tanpa berhenti selama beberapa hari. Mata air mula menyemburkan air dari dalam bumi. Angin taufan bertiup dengan dahsyatnya. Dari sehari ke sehari, air bertambah naik dan bertambah tinggi sehingga menjadi lautan yang besar.

           Turunlah perintah Allah yang meminta Nabi Nuh membawa ke dalam kapalnya orang-orang yang sudah beriman kepada Allah. Membawa semua jenis binatang berpasangan jantan dan betina. Nabi Nuh pun belayar dengan penumpangnya dengan selamat di atas gelombang yang dahsyat. Orang yang enggan menerima Islam lari bertempiaran ke tempat yang tinggi seperti bukit-bukit dan gunung. Namun begitu, air itu naik sehingga ke gunung yang tinggi. Orang yang tidak beriman tidak mampu lagi melarikan diri. Akhirnya, mereka ditelan gelombang yang besar dan dahsyat.

           Tiba-tiba, Nabi Nuh melihat anaknya yang hampir tenggelam. Perasaan ayah yang kasihkan anaknya masih ada dan beliau memanggil anaknya supaya naik ke kapal agar selamat. Tetepi anaknya menjawab, " Saya mahu pergi ke gunung yang dapat menyelamatkan saya daripada air besar ini."

           Dengan sifat degil anaknya itu, Nabi Nuh tidak dapat menyelamatkannya. Akhirnya anaknya juga ditelan ombak besar.

No comments:

Post a Comment