ASMAUL HUSNA

Saturday 9 June 2012

Kisah Dan Teladan

                             Berikut ialah gambar kubah 

Kata-kata Syeikh Az-Zabidi: "Musuh-musuh Rasullullah s.a.w. , selepas menghancurkan makam-makam mulia di perkuburan Al-Baqi' , mereka beralih ke kubah makam Rasullullah. Salah seorang daripada mereka pun naik ke puncak kubah untuk menghancurkannya, serta-merta Allah mengirimkan petir menyambar orang tersebut. Dengan hanya sekali sambaran lelaki itu pun terus kejang dan mati sedangkan jasadnya melekat di atas kubah yang mulia itu.

Hingga kini tiada seorang pun yang mampu menurunkan mayat tersebut dari atas kubah. Kemudian, seorang lelaki yang soleh bermimpi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. dan memberitahunya bahawa tidak akan ada seorang pun yang mampu menurunkan mayat tersebut. Dengan kata lain, orang tersebut "dikuburkan"  di atas kubah itu dengan meletakkan sesuatu di atasnya sebagai penutup. Semoga menjadi "IBRAH" dan "PENGAJARAN"

Thursday 7 June 2012

AL- HADIS

Antara niat dan pahala.

"Daripada Amirul Mukminin, Abu Hafs, Umar Bin Khattab r.a. berkata, aku mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda, 'Sesungguhnya diterimanya awal perbuatan itu bergantung pada niatnya , dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang diniatkan. Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-nya , maka hijrahnya (akan diterima) sebagai hijrah kerana Allah dan Rasulnya, dan barangsiapa berhijrah kerana dunia yang akan ia perolehi atau wanita yang hendak dinikahinya, maka ia akan mendapat apa yang ia tuju. ' "

  (HR. Dua Imam pakar hadis Abu Abdillah Muhammad Bin Ismail Bin Mughirah Bin Birdawaih Al-Bukhari dan Imam Abu Hussain Muslim Bin Al-Hajjaj Bin Muslim Al-Qusyairi An-Naisaburi dalam kedua kitabnya yang merupakan kitab hadis yang paling sahih)

Tuesday 5 June 2012

Kisah Bahtera Nabi Nuh A.S.



Berikut ialah gambar bahtera(kapal) Nabi Noah(Nuh)


Add caption

Nabi Nuh A.S berasal daripada keturunan ke-10 Nabi Adam.  Beliau diutus kepada masyarakat di Armenia. Beliau menyeru kepada kaumnya supaya menyembah dan percaya kepada Allah. Beliau juga menyeru kepada kaumnya supaya tidak memperhambakan diri selain Allah. Namun begitu, kaumnya tidak peduli dengan ajaran yang disampaikan Nabi Nuh. Sebaliknya, kaum yang angkuh itu mempermainkan dan membenci ajaran yang disampaikan oleh Nabi Nuh. Hanya sedikit sahaja yang beriman kepada ajarannya. Nabi Nuh sudah memberi peringatan kepada kaumnya atas azab yang akan diberikan oleh Allah apabila mereka enggan menerima nasihat.

          Namun begitu, kaumnya tetap tidak peduli. Malah memperkecilkan kedudukan Nabi Nuh. Mereka berkata dengan angkuh, " Wahai Nuh! kamu itu sama seperti kami. Orang yang menjadi pengikut kamu adalah daripada orang miskin dan berfikiran singkat. Kamu tidak mempunyai apa-apa kelebihan yang dapat mengatasi kami. Kamu adalah penipu, Nuh!"

          Pelbagai nasihat tetap diberikan tetapi mereka tetap enggan menerima. Nabi Nuh berkata, " Wahai kaumku! Allah melantik saya sebagai nabi. Perkara yang benar pun membuat pandangan kamu menjadi kabur kerana sifat kamu yang ingkar dan degil. Tidak ada gunanya saya menunjukkan bukti dan memaksa kamu menerimanya sedangkan kamu tidak suka?"

          Kemudian, Nabi Nuh menyambung lagi, katanya " Saya tidak meminta harta dan upah daripada kamu. Saya tidak akan mengusir orang-orang yang sudah beriman seperti yang kamu minta. Saya sedih melihat kamu semua dalam kesesatan."

          Kata-kata Nabi Nuh itu diterima oleh kaumnya dengan ejekan dan hinaan. Mereka mentertawakan Nabi Nuh dan berkata dengan sombong, " Wahai Nuh! Sesungguhnya kamu sudah bertikam lidah membantah kami dengan hujah-hujah kamu yang banyak. Apa kata, kamu datangkan azab Allah seperti yang kamu janjikan itu?"

          Nabi Nuh sedih dengan pertanyaan kaumnya itu dan berkata, " Allah juga yang akan mendatangkan kepada kamu jika Allah kehendaki. Kamu tidak mampu melemahkan kuasa Allah!"

          Tidak lama kemudian Allah memerintah Nabi Nuh melalui malaikatnya supaya membuat kapal. Malaikat memberikan panduan membuat kapal. Ini kerana, Allah menurunkan azab kepada kaum Nabi Nuh dalam bentuk banjir besar. Nabi Nuh mula membuat kapal. Kaumnya yang melihat dia dan pengikutnya membuat kapal mengejek-ejek dan menghina. Mereka mentertawakan Nabi Nuh dengan menyatakan Nabi Nuh hendak menjadi tukang kayu pula.

          "Adakah si Nuh itu pandai membuat kapal? Adakah kapal itu dapat belayar nanti? Ke mana pula kapal itu akan berlayar? Adakah kapal itu berlayar di atas daratan ini?" kata mereka dengan nada sindiran dan mengejek Nabi Nuh. Mereka juga mengatakan Nabi Nuh sengaja hendak berlagak pandai dan memperdayakan mereka.

           Nabi Nuh yang mendengar cemuhan daripada kaumnya itu, menahan sabar dan sentiasa bertenang. Kemudian, beliau membalas kata-kata kaumnya. Katanya, " Sekarang ini kamu mengejek dan menghina saya tetapi tunggulah. Sebentar lagi kamu akan mengalami akibat daripada keengganan kamu itu."

           Tidak lama kemudian, Nabi Nuh berjaya menyiapkan kapalnya. Seperti yang dijanjikan oleh Allah, turunlah hujan lebat tanpa berhenti selama beberapa hari. Mata air mula menyemburkan air dari dalam bumi. Angin taufan bertiup dengan dahsyatnya. Dari sehari ke sehari, air bertambah naik dan bertambah tinggi sehingga menjadi lautan yang besar.

           Turunlah perintah Allah yang meminta Nabi Nuh membawa ke dalam kapalnya orang-orang yang sudah beriman kepada Allah. Membawa semua jenis binatang berpasangan jantan dan betina. Nabi Nuh pun belayar dengan penumpangnya dengan selamat di atas gelombang yang dahsyat. Orang yang enggan menerima Islam lari bertempiaran ke tempat yang tinggi seperti bukit-bukit dan gunung. Namun begitu, air itu naik sehingga ke gunung yang tinggi. Orang yang tidak beriman tidak mampu lagi melarikan diri. Akhirnya, mereka ditelan gelombang yang besar dan dahsyat.

           Tiba-tiba, Nabi Nuh melihat anaknya yang hampir tenggelam. Perasaan ayah yang kasihkan anaknya masih ada dan beliau memanggil anaknya supaya naik ke kapal agar selamat. Tetepi anaknya menjawab, " Saya mahu pergi ke gunung yang dapat menyelamatkan saya daripada air besar ini."

           Dengan sifat degil anaknya itu, Nabi Nuh tidak dapat menyelamatkannya. Akhirnya anaknya juga ditelan ombak besar.

Makam Nabi Muhammad s.a.w.




Kisah dan balasan kepada kaum Nabi Luth

Kaum Nabi Luth a.s. adalah diantara kaum-kaum terdahulu yang terkenal dalam
sejarah dunia, kerana mereka bergelumang dengan aktiviti hubungan jenis yang ganjil lagi keji. Mereka
akhirnya telah dibinasakan oleh Allah dengan bencana yang amat dahsyat. Kejadian ini dianggarkan
berlaku kira-kira tahun 1800 SM(1).
Nabi Luth a.s. telah diutuskan oleh Allah kepada satu kaum yang mendiami di sekitar Kota Sadum,
iaitu terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Palestin, Jordan. Hampir keseluruhan kaum ini
mengamalkan gaya hidup songsang. Iaitu melakukan hubungan kelamin sesama lelaki dan
meninggalkan perempuan. Kelakuan ini adalah suatu penyelewengan fitrah yang amat buruk.

Bagi memberi pengiktibaran dan petunjuk kepada umat manusia, Allah s.w.t. telah memberi peringatan
berulang kali tentang balasan buruk ke atas kaum Nabi Luth ini. Iaitu menerusi 82 Ayat dalam 14
Surah. Antaranya ialah 16 Ayat dalam surah Asy-Syu`ara iaitu ayat:160-175.

Dalam ayat:160-164, Allah mengisahkan langkah dakwah Nabi Luth menyeru kaumnya supaya
mematuhi perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya. Nabi Luth mengecam kelakuan dan perbuatan
mereka yang keji khususnya amalan liwat atau homoseksual.
Seterusnya dalam ayat:165-168, Allah s.w.t. merakamkan sebahagian dialog antara Nabi Luth dan
kaumnya.
Maksud ayat-ayat ini:
(165 ) “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia;
(166) “Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan
hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah)
bahkan kamu ialah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)”!
(167) Mereka menjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Luth (daripada mencaci
dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!”
(168) Nabi Luth berkata: “Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu
yang keji itu”.
Bagaimanapun Kaum Luth bukan sahaja menolak dakwah Nabi itu malahan mengugut untuk
mengusirnya dari negeri Sadum. Akhirnya Nabi Luth bertawajjuh kepada Allah memohon supaya
menyelamatkannya beserta keluarga dari kebinasaan yang akan ditimpa ke atas kaumnya. Lalu Allah
menerima doanya itu dan membinasakan kota Sadum.
Kemudian ayat-ayat seterusnya menggambarkan balasan Tuhan terhadap Kaum Nabi Luth,
sebagaimana maksud ayat:172-173:
(172) Kemudian kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Luth)
(173) Dan kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya
hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
Balasan azab Allah ini juga disebut, dalam beberapa ayat yang lain. Antaranya ayat:34 surah
Al-‘Ankabut yang menerangkan tentang kedatangan utusan Allah iaitu malaikat-malaikat untuk
membinasakan penduduk Sadum. Firman Allah maksudnya: “Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk
menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan
(kufur dan maksiat)”.
Maksud ayat ini menggambarkan pemandangan kebinasaan yang menimpa negeri itu dan penduduknya
kecuali Luth dan keluarganya yang beriman sahaja. Besar kemungkinan peristiwa ini ialah peristiwa
ledakan gunung berapi yang telah menunggang balik negeri itu dan menurunkan hujan batu semasa
ledakan gunung-gunung berapi ini(2).
Kesan-kesan kemusnahan khususnya di Tasik Nabi Luth atau dikenali sebagai Laut Mati itu masih
kekal hingga ke hari ini dan menjadi bukti kekuasaan Allah bagi mereka yang merenunginya di
sepanjang abad, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam ayat:35 surah Al-‘Ankabut maksudnya:
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya
sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya”.
Inilah untung nasib kesudahan yang tabi’i bagi generasi manusia yang keji dan rosak akhlak. Mereka
tidak lagi layak hidup untuk melahirkan keturunan. Mereka hanya layak disapu bersih dan dihancurkan.

Kelebihan Menghafal Al-Hadis

           Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa di antara umatku yang hafal 40 hadis tentang konsep agamanya, maka Allah akan membangkitkannya di hari kiamat nanti termasuk dalam kelompok para ahli fekah dan alim ulama"

Monday 4 June 2012

Hajar Aswad

KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD
Ketika
Nabi Ibrahim a. s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang
dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.
Nabi Ibrahim a. s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan
pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah
kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi
Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di
Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau
mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi
manusia."

Kemudian
Nabi Ismail a. s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari
batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a. s sedang mencari batu
di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a. s memberikan
sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu
kepada Nabi Ibrahim a. s. Nabi Ibrahim a. s. merasa gembira melihat
batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian
Nabi Ibrahim a. s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi
Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a. s.
Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke
Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium
Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar
Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat
lambaian tangan sahaja. Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu
Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang
yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat
sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila
manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium
ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku,
Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada
kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh
Allah s. w. t.. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya
tidak menyengutukan Allah s. w. t., sebab tipu daya syaitan kuat di
Tanah Suci Mekah. Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab
apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya
engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s. a.
w. menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar
Aswad)."